Wednesday 26 November 2014

Travel Medan Indonesia


Assalamualaikum...

Ada sesiapa rindukan Hana? Hana tahu tiada. Hana bukan sehot mana pun Erm. Tak kisahlah. Yang penting, kita happy apa kita buat. Hari ini Hana nak ceritakan yang Hana pergi melancong. Dekat aje, Dekat mana? Dekat di hati. Tak adalah Hana gurau aje. Dekat Medan, Indonesia. Hana pergi bersama family. Abang pertama aje yang tidak mengikuti kerana bekerja. Hana pergi 3 hari aje. Tak lama pun, tak sempat pun nak lawat semuanya. Hihi. 


Untuk pengetahuan korang, Hana tidak menggunakan sebarang pemandu pelancong. Ayah Hana hanya menggunakan khidmat kawannya. Kira okaylah. Kalau nak guna pemandu pelancong boleh tapi kami bertujuh agak mahallah. Kalau tentang makanan, kami tidak memilih. Dimana jumpa kedai makan orang islam, kami akan makan. Yalah, perut dah lapar makanlah. Kecuali benda yang haram memang tak makan macam B1 dan B2. So, berhatilah kalau korang nak cari kedai makan.
                                                    
Antara kenangan yang Hana tidak dapat lupakan ialah Hana dan kakak membeli nasi lemak. Siap dua lagi. Bila kitaorang makan rasanya jadi lain. Tak macam disini. Siap ada sayur,tempe,keropok dan ada lagi. Memang tak boleh telanlah lidah dengan rasanya yang lain. Mama kata bau nasinya bukan daun pandan. So, kami tak makanlah. Moral of stories, kalau nak beli makanan, beli satu dulu.

Duit? Sebenarnya barang mereka agak murah. Cuma, duitnya yang terlalu besar. Contohnya, 5000 ribu rupiah bersamaan RM2.80. tak silaplah. So kalau nak beli barang, boleh aje korang tawar. Nanti dapatlah kurang walaupun sikit. Kalau bab baju, kena teliti sebab Hana dah kena. Baju yang kita beli tak bolehlah ngam-ngam, kang tak muat korang susah. Tupun kalau korang nak pergi lah.Mesti malas nak dengar Hana bising so jom tengok gambar.


Inilah Danau Toba. Ayah kata Danau Toba ini luas. Luasnya, tidak ingat dah. Cantik tak? 6 jam duduk kereta. Erm. Tapi takdelah sempat pergi pulaunya. Dapat tengok pun jadilah.

Inilah tempat kami berehat. Sekaligus tangkap gambar. Hihi. Bila ada kat sana, sejuk aje. Kalau mandi, bertambah sejuk. Mungkin dari air Danau Toba.
Siapakah gadis ini? Hihi. Menikmati keindahan alam.

Apa maksud Horas? Horas mean selamat datang.

Inilah tempat tunggu ferry. Datang awal tapi takboleh naik sebab dah penuh. Untuk pengetahuan korang kat sini boleh bawa sekali kereta. Tapi duduk kat kereta rasa macam tak gerak aje. 



Ini antara pemandangan yang Hana suka. Rasa macam lukisan aje. Serius cantik. Ini pada pandangan mata Hanalah.





\

Dengan Ayah, Dalam Ferry.


Inilah tempat seterusnya Hana berlepas naik ferry. Pergi Pantai Pasir Putih.

Siapakah gadis ini? Hihi.


With Kakak dan Mama. Selfie gitu.

Tempat yang terakhir Hana lawat ialah Istana Maimoon. Ini adalah senarai jadual berkunjung.

 
Ini kedai menyewa rasanya. Kat sini, kita boleh sewa pakaian.








Ini adalah perhiasan yang terdapat disana.


Ini sultsn deli kot. Kerabat diraja disana.




Kalau rasa nak baca bolehlah baca.







Ini antara barang-barang yang ada disana.



Inilah gambar yang ditangkap semasa berada disana. Actually, kebanyakkan kakak yang tangkap. Hana tukang masukkan aje. Gambar Hana banyak kepada selfie aje. Hihi. Btw, kalau nak pergi sana, pergilah lama sikit. Contoh 5 hari ke. 3 hari bagi Hana tak cukup sebenarnya. Lagipun, masa Hana kat sana banyak dalam kereta aje. Kata kawan ayah, kat Medan masa untuk berjalan ke sesuatu tempat memakan masa, Kitaorang pun tak banyak masa, so pergi yang mana cepat aje, Itulah daripada coretan Hana.

P/S: Alhamdullillah dapat jugak merasa naik kapal terbang.Maaf kerana lambat mengepost. Kalau nak tengok gambar, addlah Hana. If, Hana layan. :) Nocopypaste




No comments: