Wednesday 26 November 2014

Travel Medan Indonesia


Assalamualaikum...

Ada sesiapa rindukan Hana? Hana tahu tiada. Hana bukan sehot mana pun Erm. Tak kisahlah. Yang penting, kita happy apa kita buat. Hari ini Hana nak ceritakan yang Hana pergi melancong. Dekat aje, Dekat mana? Dekat di hati. Tak adalah Hana gurau aje. Dekat Medan, Indonesia. Hana pergi bersama family. Abang pertama aje yang tidak mengikuti kerana bekerja. Hana pergi 3 hari aje. Tak lama pun, tak sempat pun nak lawat semuanya. Hihi. 


Untuk pengetahuan korang, Hana tidak menggunakan sebarang pemandu pelancong. Ayah Hana hanya menggunakan khidmat kawannya. Kira okaylah. Kalau nak guna pemandu pelancong boleh tapi kami bertujuh agak mahallah. Kalau tentang makanan, kami tidak memilih. Dimana jumpa kedai makan orang islam, kami akan makan. Yalah, perut dah lapar makanlah. Kecuali benda yang haram memang tak makan macam B1 dan B2. So, berhatilah kalau korang nak cari kedai makan.
                                                    
Antara kenangan yang Hana tidak dapat lupakan ialah Hana dan kakak membeli nasi lemak. Siap dua lagi. Bila kitaorang makan rasanya jadi lain. Tak macam disini. Siap ada sayur,tempe,keropok dan ada lagi. Memang tak boleh telanlah lidah dengan rasanya yang lain. Mama kata bau nasinya bukan daun pandan. So, kami tak makanlah. Moral of stories, kalau nak beli makanan, beli satu dulu.

Duit? Sebenarnya barang mereka agak murah. Cuma, duitnya yang terlalu besar. Contohnya, 5000 ribu rupiah bersamaan RM2.80. tak silaplah. So kalau nak beli barang, boleh aje korang tawar. Nanti dapatlah kurang walaupun sikit. Kalau bab baju, kena teliti sebab Hana dah kena. Baju yang kita beli tak bolehlah ngam-ngam, kang tak muat korang susah. Tupun kalau korang nak pergi lah.Mesti malas nak dengar Hana bising so jom tengok gambar.


Inilah Danau Toba. Ayah kata Danau Toba ini luas. Luasnya, tidak ingat dah. Cantik tak? 6 jam duduk kereta. Erm. Tapi takdelah sempat pergi pulaunya. Dapat tengok pun jadilah.

Inilah tempat kami berehat. Sekaligus tangkap gambar. Hihi. Bila ada kat sana, sejuk aje. Kalau mandi, bertambah sejuk. Mungkin dari air Danau Toba.
Siapakah gadis ini? Hihi. Menikmati keindahan alam.

Apa maksud Horas? Horas mean selamat datang.

Inilah tempat tunggu ferry. Datang awal tapi takboleh naik sebab dah penuh. Untuk pengetahuan korang kat sini boleh bawa sekali kereta. Tapi duduk kat kereta rasa macam tak gerak aje. 



Ini antara pemandangan yang Hana suka. Rasa macam lukisan aje. Serius cantik. Ini pada pandangan mata Hanalah.





\

Dengan Ayah, Dalam Ferry.


Inilah tempat seterusnya Hana berlepas naik ferry. Pergi Pantai Pasir Putih.

Siapakah gadis ini? Hihi.


With Kakak dan Mama. Selfie gitu.

Tempat yang terakhir Hana lawat ialah Istana Maimoon. Ini adalah senarai jadual berkunjung.

 
Ini kedai menyewa rasanya. Kat sini, kita boleh sewa pakaian.








Ini adalah perhiasan yang terdapat disana.


Ini sultsn deli kot. Kerabat diraja disana.




Kalau rasa nak baca bolehlah baca.







Ini antara barang-barang yang ada disana.



Inilah gambar yang ditangkap semasa berada disana. Actually, kebanyakkan kakak yang tangkap. Hana tukang masukkan aje. Gambar Hana banyak kepada selfie aje. Hihi. Btw, kalau nak pergi sana, pergilah lama sikit. Contoh 5 hari ke. 3 hari bagi Hana tak cukup sebenarnya. Lagipun, masa Hana kat sana banyak dalam kereta aje. Kata kawan ayah, kat Medan masa untuk berjalan ke sesuatu tempat memakan masa, Kitaorang pun tak banyak masa, so pergi yang mana cepat aje, Itulah daripada coretan Hana.

P/S: Alhamdullillah dapat jugak merasa naik kapal terbang.Maaf kerana lambat mengepost. Kalau nak tengok gambar, addlah Hana. If, Hana layan. :) Nocopypaste




Wednesday 5 November 2014

Teknik Mencatat Nota Part 2

Assalamualaikum. Walaupun Hana masih budak sekolah, Hana memang suka buat nota. Senang ingat, baca, hafal. Hafal? Bolehlah. Lagi satu dengan ada nota yang ringkas bolehlah bawa kemana-mana. Senang sangat. Tak payahlah keluarkan buku pun semasa tengah tunggu bas ke apa. Hana pun lakukan waktu tengah nak exam aje. Waktu lagi memang agak payahlah nak buat. Hihi. Saya hanya insan biasa. Cara Hana gunakan hanya satu iaitu nota istilah atau dikenali nots ringkas.

Langkah yang perlu ada dalam membuat nota ringkas ini adalah… Sediakan
Pen- untuk tulis
Pensel,pemadam,pembaris-jika perlu, ini kalau korang nak gunakan untuk lukis aje.
Pen magis atau pen berwarna-guna sebab nak cantikkan.
Liquid-kalau korang tersalah buat,padamlah.
Kertas-kalau takde kertas nak tulis kat mana? Kat muka? Gurau aje.
Buku teks atau rujukan-actually, kalau ada buku rujukan korang takyah nak buat nota pun takpe, sebab ada sesetengah buku dia memang dah ringkas.

P/S: Takpayah bagi gambar pun takpe kan? Mesti dah kena yang mana kan? 
Actually, takyah bagitahu, mesti korang dah tahu. Haha. Apalah Hana ini….

Langkah yang kedua pula buat ialah macam biasa salin aje nota. Hihi.  Cuma Hana nak bagitahu. Kalau korang rasa susah nak ingat buatlah satu ayat yang mudah ingat. Example Fatimah Rasa Sayang Kat Timah / Korang Kena Sebut Nama macam dalam gambar yang Hana buat itu. Kan senang ingat. Mesti boleh hafal punya.




Maaf kalau tak faham. Cara ini cikgu Hana ajar.



Lagi satu, kalau subjek sains mesti banyak gambar kan? So, time tu korang lukislah. Sebab dengar lukis boleh korang cepat faham. Nak kata ingat tu mungkin bolehlah. Cara gambaran mungkin korang dapat membayangkan yang mana satu organ ke apa yang terlibat. Macam dalam gambar ini.


Ini adalah contohnya. Hana pun bukanlah pandai sangat lukis. Buat pun nak kenal mana satu.



Last sekali, mesti buat dalam pen warna warni supaya nampak cantik dan menarik. Mesti rasa nak baca apa kita tulis. Kan cantik kalau berwarna. Nampak colourful gitu.



Hana sukakan warna warni. Kalau tak suka buat cara ini pun takpe.

Okaylah. Itu sahaja cara-cara mencatat nota. Harap korang faham. Kalau nak catat, catat pada mula-mula tahun. Nanti bila akhir tahun senang. Kerana soalan akhir tahun mungkin keluar yang mula-mula kita belajar. Mana tahu kan. So, senang takpayah nak buat yang baru. Okaylah, itu sahaja dari Hana. Hope dapat membantu walaupun tak banyak.



Antara yang Hana buat. Biasa aje. Well, kamera telefon tak tinggi pun. Tu yang gambar jadi biasa. Harap maklum. Yelah, Hana masih pelajar sekolah lagi. 




Tuesday 4 November 2014

Teknik mencatat nota

Assalamualaikum. Hana tahu ini mungkn dah lambat Hana bagitahu. Tapi takpe, benda ini boleh guna untuk semua orang. Benda yang baik elok dikongsikan. Hari ini Hana nak ajar cara buat nota ringkas. Cara dia senang aje. Ini Hana belajar sendiri dan adalah sedikit rujukan buku. 



Baca buku ini bagus sebab banyak benda kita boleh dapat. Buku ini banyak bagi tips belajar. Dah nama bukunya Belajar Cara Belajar. Hihi. Hana dapat dari abang Hana. Nak katakan Hana ikut ke cara belajar dalam buku ini tak sangat lah. Apalagi Hana nak cakap dah lupa dah. Tulah layan benda lain semasa tulis. Tak patut betul. Huhu. Nak dengar yang mana dulu? Dari buku ke dari pendapat Hana? So, my keputusan adalah buat dua-dua. Mungkin agak panjang sikit. Huhu. Takpe. Sekali sekala.

Kalau dari buku ini… ada tiga cara…
Yang pertama… Peta Minda
Kalau pakai peta minda lagi senang ingat. Antara faedah dia..
-lebih menitikkanberatkan grafik dan kata kunci
-menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan kanan
-mengukukuhkan daya ingatan dan pemahaman

Kalau tentang kaedah membuat memang payahlah. Ambil masa yang lama lah. Cara paling senang buat rangka pokok. Pastu korang banyakkan cabang-cabangnya. Better pakai kertas yang besar sebab mesti banyak isi. Pastu lagi kembangkanlah. Mula-mula tulis tajuk, pastu maksudnya, pastu ciri/punca/langkah dan apa-apa lagi lah. Faham ke? Tak faham buat-buat faham ek. Sebelum itu nak bagitahu peta minda ini ada 7 ke 8 jenis. Banyak tahu. Boleh google kalau nak tahu. Hihi. Ini gambarnya.

Ini adalah salah satu peta minda yang dah siap. Pic for google.

Ini adalah peta minda yang boleh dibuat. Macam-macam boleh buat kalau reti.


Cara yang kedua pulak… Nota istilah

Nota istilah macam nota biasa. Nota ini biasa Hana buat. Hana panggil nota ringkas. Nota ringkas ini boleh ditulis dalam tulisan yang ringkas. Pendekkan perkatan macam drpd,dgn,cth, dan lain. 


Tulisan biasa aje. Huhu jangan kritik.

Cara yang ketiga… nota gambah rajah

Macam tadi jugak. Cuma ini dia buat ada sedikit gambar rajah untuk memahami lagi konsep. Hana kurang faham kalau nak terangkan konsep dia. So, nanti korang research kalau nak tahu lanjut.

Hana rasa macam ini kot. Hope faham.


P/S: Cara Hana nanti Hana tunjuk. Cara dia lebih kurang aje. :)
Pic dari google.