Monday 31 December 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum.

Apa khabar blog? Lama tak menulis. Dah 2 bulan tak menulis. Maafkan saya ya. Tapi tak mengapalah tekad saya pada tahun ini sekiranya blog ini tidak maju paa tahun ini. Saya akan terus membuang. Hehe. Walaupun saya sayang pada blog ini. Hope majulah ya. Amin. Berbalik pada tajuk sebenar saya tentang tahun baru. Sekarang sudah 01/01/2013. Cepatnya masa berlalu. Esok saya sudah sekolah.

Tak sabarnya dapat jumpa kawan-kawan. Rindulah lama tak jumpa. Yeah! Azam tahun ini adalah ingin menjadi pelajar cemerlang,focus for PBS,pergi ke kokokurikulum, dan menjadi budak yang lebih rajin. Boleh ke? Tahun 2012 pun tak tercapai, lagilah tahun ini. Hmm.. tunggu dan lihat sajalah. Persiapan sekolah sudah siap. Alhamdulilah. Tahun ini colourful. Macam-macam warna. Haha. Ya ke?

Baju,kasut? Memang putih. Kain je biru. Beg? Hitampink. Pensel box and dompet? Ungu. Jam? Putih. Ada kena tak? Huhu. Lain-lain kan? Hehe. Apa yang best tahun lepas ya? Mulanya saya memasuki sekolah menengah. Sekolah baru. Bukan sekolah rendah lagi dah. Sekarang sudah 14 tahun. Sungguh singkat tahun berlalu. Pejam celik, dah masuk universiti nanti. Huhu.

Jadi kita kenalah hargai itu masa. Memang betul kata orang”Masa itu emas”. Apa pula tentang masa dikaitan pula ini? Hehe. Sorry. Baiklah itu saja dari saya. Tak tahu nak tulis apa lagi.
Akhir kata, Selamat Tahun Baru. Selamat berPBS untuk form 1 and 2. Good luck pada siapa yang UPSR,PMR,SPM. Hehe. Awal pula saya kata. J

P//s: terimalah hadiah yang tak seberapa ini. Hehe. Saya tahu saya buat biasa saja.
Add caption