Monday 31 December 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum.

Apa khabar blog? Lama tak menulis. Dah 2 bulan tak menulis. Maafkan saya ya. Tapi tak mengapalah tekad saya pada tahun ini sekiranya blog ini tidak maju paa tahun ini. Saya akan terus membuang. Hehe. Walaupun saya sayang pada blog ini. Hope majulah ya. Amin. Berbalik pada tajuk sebenar saya tentang tahun baru. Sekarang sudah 01/01/2013. Cepatnya masa berlalu. Esok saya sudah sekolah.

Tak sabarnya dapat jumpa kawan-kawan. Rindulah lama tak jumpa. Yeah! Azam tahun ini adalah ingin menjadi pelajar cemerlang,focus for PBS,pergi ke kokokurikulum, dan menjadi budak yang lebih rajin. Boleh ke? Tahun 2012 pun tak tercapai, lagilah tahun ini. Hmm.. tunggu dan lihat sajalah. Persiapan sekolah sudah siap. Alhamdulilah. Tahun ini colourful. Macam-macam warna. Haha. Ya ke?

Baju,kasut? Memang putih. Kain je biru. Beg? Hitampink. Pensel box and dompet? Ungu. Jam? Putih. Ada kena tak? Huhu. Lain-lain kan? Hehe. Apa yang best tahun lepas ya? Mulanya saya memasuki sekolah menengah. Sekolah baru. Bukan sekolah rendah lagi dah. Sekarang sudah 14 tahun. Sungguh singkat tahun berlalu. Pejam celik, dah masuk universiti nanti. Huhu.

Jadi kita kenalah hargai itu masa. Memang betul kata orang”Masa itu emas”. Apa pula tentang masa dikaitan pula ini? Hehe. Sorry. Baiklah itu saja dari saya. Tak tahu nak tulis apa lagi.
Akhir kata, Selamat Tahun Baru. Selamat berPBS untuk form 1 and 2. Good luck pada siapa yang UPSR,PMR,SPM. Hehe. Awal pula saya kata. J

P//s: terimalah hadiah yang tak seberapa ini. Hehe. Saya tahu saya buat biasa saja.
Add caption

Friday 5 October 2012

PBS or PMR?

Assalamualaikum...

Sorry sudah lama saya tak mengupdate blog ini. Saya sedang sibuk sekarang. (kononnya) Mungkin lepas ini saya akan rajin mengupdate. Doakan lah kalau ingat mendengar coretan saya. Kalau tak nak tak mengapalah. Saya bukannya glamor pun. Okaylah kita beralih kepada tajuk yang saya tulis di atas tu..

PBS or PMR? Mari kita bincang. Pada tahun saya iaitu,2014 tiada lagi PMR. Yang ada PBS. Apakah maksud PBS? Pentaksiran Berdasarkan Sekolah. Sungguh tidak sanggup sebab banyak kerja kena buat. Mua-mula ingat bestlah tak ada PMR. Tapi lagi membuatkan kita banyak kerja. 

PBS ini mempunyai 6 band. Kita akan dinilai dari band 1 sampailah ke band 6. Tapi kalau tak capai band tu tak boleh naik ke band seterusnya. (lebih kurang macam tu) Sekolah saya ada 2 ujian dalam setahun.  Sekolah lain saya tak tahu. Ujian untuk pertengahan tahun dan akhir tahun. Akhir tahun itu untuk tentukan kelas rasanya. (untuk pelajar tingkatan 1)

Apa lagi yang perlu ditulis lagi ya? Hah, dulu cikgu ada kata nanti waktu tingkatan 3 akan adakan banyak kerja khusus. Dia bagi tempohlah untuk mencari maklumat tu. Lebih kurang 2 atau 3 minggu. Kalau nak buat nanti mesti kena seorang diri. Huh!

Sekarang sudah akhir tahun, jadi banyaklah PBS cikgu bagi. Yelah nak habiskan tajuk. Tak tahulah sempat ke tak. Betul! Seriously, saya tak nak ada PBS. Rela ada PMR. Hehe. Susahlah. Nanti kena banyak menghafal. Hmm, biasalah itu. Kena terimalah. Dah nasib. Kenapalah lahir tahun 1999? Kenapa tak 1998 je. Tak ada pun kena buat kerja-kerja macam ini. Hihi.

Saya nak tanya pendapat korang yang tingkatan 1... Adakah anda rasa PBS tu bagus?
Bagi saya, banyak kerja. Membebankan. Hehehe. Walaupun macam itu, saya terima sajalah. 
Setiap orang mempunyai pendapat lain-lain. Thanks membaca.

Sunday 10 June 2012

Assalamualaikum!!!

Bagaimana cuti ini? Seronok?
Oh, tidak bagi saya..
Kerana saya hanya duduk di rumah sahaja...
Emm,,, Tak apalah.. 
Nasib badan. Terima sahajalah...
Eh, blog awak background sudah lain... Huhuhu... 
Cantik tak? Saya bukan pandai sangat mengedit ini..
Pilih yang ikut hati saya saja.
Tak lama lagi sekolah akan mula...
Malaslah pula. Dulu bukan main kata bosan cuti, ni nak sekolah, kata malas...
Pelik-pelik.. Tapi cuti bosan, bila sekolah malas..
Itulah selalu buat saya keliru..
Oklah itu, sahaja dari saya...
Selamat kembali ke sekolah.. Good Luck..
Kepada yang duduk di asrama, Semoga dapat menempuhi kehidupan disana..
Amin..




Tuesday 29 May 2012

Hmm...

Assalamualaikum…
Cuti sekolah telah bermula…
Tapi cuti sekolah kali ini tak best…
Sebab kakak saya tiada…  Maksud saya kakak saya masuk matrik…
Hmm… Tinggal seorang lah dekat rumah…
Ada pun mama,ayah,saya dan abang sepupu…
Abang dan kakak lagi seorang masih belajar tapi mereka akan habis belajar…
Abang lagi seorang sudah bekerja dan sudah berkhawin…  Susah sikit la nak jumpa…
Hmm… Tak apalah memang takdir saya lah agaknya…
Memang semua orang akan pergi untuk belajar…  Betul kan?
Okaylah… Saya ceritakan pasal ke perlis…
Saya pergi bersama kakak saya masuk matrik,mama,ayah dan Along(abang) sebagai memandu…  Menaiki kereta..
Pada hari Sabtu saya bertolak… Sebelum ke Perlis, saya ke Kuala kangsar,Perak…
Mengambil masa 3 jam untuk ke sana… Selepas itu baru betul-betul ke Perlis…
Antara 4 jam lebih untuk ke sana…
Sudah sampai ke Kedah, saya dan sekeluarga pergi mengambil Angah (abang)..
Selepas itu baru ke Changlun untuk makan…  Sudah makan, kami teruskan ke perjalanan ke Perlis…
Setekah sampai, kami duduk di homestay… Bukan hotel… Tapi homestay…
Tak tahulah macam mana nak kata… sudah rehat-rehat malam tu pula kami makan di D Dapur Ibuku…
Angah saya menjadi tunjuk arah… Waktu perjalanan ke kedai itu sesat, waktu balik pun sesat…
Tapi alhamduliah lah sebab selamat sampai…. Sudah malam tidur lah apalagi..
Esok pagi bangun dan bersiap untuk ke matrik kakak saya…
Sebelum ke matrik,kami makan dulu…  Dan barulah beransur…
Selepas dapat nombor giliran dan dapat bilik… Kami pun balik ke rumah… Sedih bila kakak saya akan masuk matrik…
Tapi apa boleh buat… Mengambil masa kira-kira 5 jam lebih… Sebab berhenti makan dan jalan pun sedikat jem..
Dan begitu lah ceritanya…

 

Tuesday 1 May 2012

Pergi PWTC!!!

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak ceritakan yang saya pergi ke PBAKL di PWTC...
Apa itu PBAKL? Namanya ialah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur...
Sudah tahu baguslah...
So, datanglah ke PBAKL... Startnya 27 April hingga 6 Mei...

Saya datang menaiki komuter... 
Bersama kakak-kakak saya... (2 orang) 

Sebelum masuk ke PWTC, saya makan dulu...
Selepas itu, barulah ke dalam PWTC...
Sangat ramai orang dan sesak...
Sebab kerana hari pekerja maklumlah orang cuti...
Jadi, ramailah orang datang...
Selepas beberapa minit barulah jumpa 
"Kedai Pink Ain Maisarah"

Apakah buku yang saya beli..
Semestinya buku novel Ain Maisarah... 
Iaitu Jutawan Gedik dan Hero Takut Zombie..
Tapi satu sahaja tak best... 
Sebab tahun ini saya tak dapat tangkap gambar dengan Ain Maisarah...
Tidak apalah... Tahun lepas saya sudah tangkap gambar...
Mungkin tahun depan boleh saya mendapatkan... 
Hopely... Amin...

Selain buku itu, saya beli majalah kegemaran saya iaitu Bintang Kecil di karangkraf...
Saya dapat buku nota Bintang Kecil dan satu Captain Munch...
Hehehe... Macam budak-budak pula... 
Tak apa tahun ini sahaja... 
Sebab tahun depan saya sudah 14 tahun...

Saya pergi kira-kira pukul 11.00 pagi..
dan balik pada pukul 4.00 petang...

Apa lagi saya nak tulis ya?
Rasanya itu sahaja...
Okay itu sahaja dari saya...
-thanks for reading-

Yang ikhlas,
Farah Irnafarhana

Monday 16 April 2012

Assalamualaikum…
Sudah lama saya tidak mengupdate blog ini...
Kerana waktu saya berasa malas sangat dan kebetulan pada waktu dulu saya punya komputer ada promblem. 
Sorry sangat-sangat...
Mungkin lepas ini saya akan rasa mengupdate blog ini..


Apa tajuk nak dikongsikan ek?
Okay la...
Ini kisah saya masuk Form 1...
Bagi saya masa berlalu begitu sekejap sangat...
Emm...


Apabila masuk form memang banyak benda yang baru dipelajari...
Contoh dapat kawan baru dari sekolah lain. 
Banyak aktiviti yang disediakan...
Contohnya aktivi kokorikulum...
Atau setiap minggu ada acara... macam pertandingan...
Banyak lagi lah...


Bagi saya yang paling tak best kadang-kadang.. 
Cuti hanya hari Ahad...
Memang tak cukup lah...

Wah, banyak juga bercerita saya chow dulu lah...

Nak bersiap ke sekolah..
Bye..


Sincerly