Thursday 8 May 2014

Pesta Buku...


Assalamualaikum..

Maaf lama menyepi. Rindu Hana tak? Tahulah tak, sedih hati kita. Nak nangis lah. Ekk... Tak adalah nak tacing. Sebenarnya ada masa cuma kadang-kadang  idea tak ada. Tapi bila ada idea terasa ..... nak mengupdate. Hehe. Penyakit M sering berlaku di otak Hana. Ada tip tak untuk bantu Hana? Panjang pula pendahuluan ini.

Nampak tak tajuk di atas? Itulah Hana mahu ceritakan. Korang pergi tak? Kalau tak pergi, takpe ada rezeki boleh pergi. Sudah pergi, baguslah. Buat pengetahuan korang, Hana pergi 2 kali ke PWTC. Sebab lupa beli buku latihan. Yake? Entah-entah saja nak keluar. Jom lihat gambar.

K

Klik memang Hana punya. Kaki KPOP kan? Majalah for kakak. Novel ada masa Hana akan baca.


Novel remaja ini pun Hana punya. Tak boleh nak baca sekarang sebab dah nak exam. 


Majalah Ujang dan Apo


Buku Poster itu Hana minta kakak Hana. Pakai baucer. Majalah Remaja dan Keluarga ambil sebab ada balance baucer. Tapi yang tak disangka, Hana boleh pula dapat KLIK dalam buku Remaja itu. Rezeki.



Buku Latihan dan Novel. Sedih tak beli buku rujukan. Hana ini cepat menyesal kalau tak beli. Nak buat macam mana.


Jumpa penulis buku Ain Maisarah.


Buat pengetahuan korang, Hana jumpa Anzalna pada hari terakhir. Tapi tak dapat tangkap gambar berdua. Seorang lagi itu artis juga. Siapa nama dia ek?


Dan Izzue Islam. Gambar kabur sebab gentar-gentar ambil gambar dia. Asyik gelak aje bila dorang ada buat sketsa. Seriously, best sketsa itu. Jangan Jeleous. Hehe. 


Terakhir, gambar Hana. Selfie sebelum pergi Hehe.

Itu sahaja daripada Hana.