Tuesday 16 December 2014

Assalamualaikum…

Actually, post ini dah lama Hana nak tulis kan blog, tapi disebabkan idea kekadang ada dan tiada. Hana nak ceritakan bahawa memory card Hana rosak. Sedih tahu! Rasa nak nangis tau, tapi Hana tak nangis lagi. Baru aje Hana ingat nak letak gambar kat fb tapi takdapat. Mungkin ada hikmahnya. Kes ini terjadi bila handphone Hana hang. Lepastu lebih 3 kali buka tutup. Masa buka tu memang sd card dah takboleh nak buka. Selalunya boleh. Tetiba aje ada dapat line yang kata damaged sd card.

Dia suruh Hana format. Waktu itu tak format lagi. Sampai sekarang. Mungkin nanti Hana format. Masa dapat tahu sd card rosak, terus cari kat internet, apa nak buat. Hana cuba 3 kali. First, kena guna recuva. Benda itu kena download. Okay, Hana pun trylah. Tapi still tak boleh. Kali 2 dan 3 Hana guna cara di youtube. Cari buat dari youtube. Memang dah cuba tidak boleh jugak. So, sampai sekarang Hana dah give up. Hana kena reda lah.

Still sedih. Dahlah banyak giler gambar Hana kat sana. Tapi benda dah jadi. Takdapat nak selamat. Hana belum format lagi, ada Hana tengok blog orang kata lepas format, boleh dapat balik gambar itu. So, nantilah Hana try. Kata kakak Hana, mungkin disebabkan banyak sangat lagu, gambar, video… Okay, benda itu memang Hana tak dinafikan memang Hana banyak benda. Video pun adalah lebih dari 50.

Gambar takpayah cerita lebih dari seribu. Lagu adalah dalam tiga ratus lebih. Dahlah, banyak video baru yang Hana baru download tak sempat nak convert pun. Gambar lagilah tak sempat nak masuk dalam laptop. Semua nak buat bila senang. Memang terbaiklah ceritanya. Benda dah jadi, kita kena terima. Kunfayakun.

Moral of story: Jangan letak banyak gambar dalam phone takut sd card rosak. OR jangan asyik buka tutup. Mungkin itulah faktornya.


-kalau benda itu elok, Hana akan bagitahu caranya-