Friday 5 October 2012

PBS or PMR?

Assalamualaikum...

Sorry sudah lama saya tak mengupdate blog ini. Saya sedang sibuk sekarang. (kononnya) Mungkin lepas ini saya akan rajin mengupdate. Doakan lah kalau ingat mendengar coretan saya. Kalau tak nak tak mengapalah. Saya bukannya glamor pun. Okaylah kita beralih kepada tajuk yang saya tulis di atas tu..

PBS or PMR? Mari kita bincang. Pada tahun saya iaitu,2014 tiada lagi PMR. Yang ada PBS. Apakah maksud PBS? Pentaksiran Berdasarkan Sekolah. Sungguh tidak sanggup sebab banyak kerja kena buat. Mua-mula ingat bestlah tak ada PMR. Tapi lagi membuatkan kita banyak kerja. 

PBS ini mempunyai 6 band. Kita akan dinilai dari band 1 sampailah ke band 6. Tapi kalau tak capai band tu tak boleh naik ke band seterusnya. (lebih kurang macam tu) Sekolah saya ada 2 ujian dalam setahun.  Sekolah lain saya tak tahu. Ujian untuk pertengahan tahun dan akhir tahun. Akhir tahun itu untuk tentukan kelas rasanya. (untuk pelajar tingkatan 1)

Apa lagi yang perlu ditulis lagi ya? Hah, dulu cikgu ada kata nanti waktu tingkatan 3 akan adakan banyak kerja khusus. Dia bagi tempohlah untuk mencari maklumat tu. Lebih kurang 2 atau 3 minggu. Kalau nak buat nanti mesti kena seorang diri. Huh!

Sekarang sudah akhir tahun, jadi banyaklah PBS cikgu bagi. Yelah nak habiskan tajuk. Tak tahulah sempat ke tak. Betul! Seriously, saya tak nak ada PBS. Rela ada PMR. Hehe. Susahlah. Nanti kena banyak menghafal. Hmm, biasalah itu. Kena terimalah. Dah nasib. Kenapalah lahir tahun 1999? Kenapa tak 1998 je. Tak ada pun kena buat kerja-kerja macam ini. Hihi.

Saya nak tanya pendapat korang yang tingkatan 1... Adakah anda rasa PBS tu bagus?
Bagi saya, banyak kerja. Membebankan. Hehehe. Walaupun macam itu, saya terima sajalah. 
Setiap orang mempunyai pendapat lain-lain. Thanks membaca.