Tuesday, 4 November 2014

Teknik mencatat nota

Assalamualaikum. Hana tahu ini mungkn dah lambat Hana bagitahu. Tapi takpe, benda ini boleh guna untuk semua orang. Benda yang baik elok dikongsikan. Hari ini Hana nak ajar cara buat nota ringkas. Cara dia senang aje. Ini Hana belajar sendiri dan adalah sedikit rujukan buku. 



Baca buku ini bagus sebab banyak benda kita boleh dapat. Buku ini banyak bagi tips belajar. Dah nama bukunya Belajar Cara Belajar. Hihi. Hana dapat dari abang Hana. Nak katakan Hana ikut ke cara belajar dalam buku ini tak sangat lah. Apalagi Hana nak cakap dah lupa dah. Tulah layan benda lain semasa tulis. Tak patut betul. Huhu. Nak dengar yang mana dulu? Dari buku ke dari pendapat Hana? So, my keputusan adalah buat dua-dua. Mungkin agak panjang sikit. Huhu. Takpe. Sekali sekala.

Kalau dari buku ini… ada tiga cara…
Yang pertama… Peta Minda
Kalau pakai peta minda lagi senang ingat. Antara faedah dia..
-lebih menitikkanberatkan grafik dan kata kunci
-menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan kanan
-mengukukuhkan daya ingatan dan pemahaman

Kalau tentang kaedah membuat memang payahlah. Ambil masa yang lama lah. Cara paling senang buat rangka pokok. Pastu korang banyakkan cabang-cabangnya. Better pakai kertas yang besar sebab mesti banyak isi. Pastu lagi kembangkanlah. Mula-mula tulis tajuk, pastu maksudnya, pastu ciri/punca/langkah dan apa-apa lagi lah. Faham ke? Tak faham buat-buat faham ek. Sebelum itu nak bagitahu peta minda ini ada 7 ke 8 jenis. Banyak tahu. Boleh google kalau nak tahu. Hihi. Ini gambarnya.

Ini adalah salah satu peta minda yang dah siap. Pic for google.

Ini adalah peta minda yang boleh dibuat. Macam-macam boleh buat kalau reti.


Cara yang kedua pulak… Nota istilah

Nota istilah macam nota biasa. Nota ini biasa Hana buat. Hana panggil nota ringkas. Nota ringkas ini boleh ditulis dalam tulisan yang ringkas. Pendekkan perkatan macam drpd,dgn,cth, dan lain. 


Tulisan biasa aje. Huhu jangan kritik.

Cara yang ketiga… nota gambah rajah

Macam tadi jugak. Cuma ini dia buat ada sedikit gambar rajah untuk memahami lagi konsep. Hana kurang faham kalau nak terangkan konsep dia. So, nanti korang research kalau nak tahu lanjut.

Hana rasa macam ini kot. Hope faham.


P/S: Cara Hana nanti Hana tunjuk. Cara dia lebih kurang aje. :)
Pic dari google.

No comments: