Friday 1 August 2014

1st Dream

Assalamualaikum...
Lama tak berjumpa? Busy dengan sekolah, dengan PT3nya, dengan rayanya...
Hihi... Macam biasalah penyakit M sentiasa datang mengikut...
Ada tips untuk Hana membuangnya? Bolehlah kongsi bersama...

Actually, Hana tulis ini sebab nak beritahu impian Hana yang memang Hana inginkan. Walaupun takde yang hendak mendengar, tapi Hana tetap tulis sebab ini adalah belog Hana.Impian pertama Hana adalah nak travel satu dunia. Kalau  boleh. 


Ya. Travel merupakan aktiviti yang paling penting bagi Hana. Hana teringin nak melancong tapi Hana hanya lahir dalam golongan orang biasa aje. So, nak travel itu memang susahlah. Impian Hana sebenarnya banyak tapi inilah yang paling Hana idamkan. 
Nak tahu sebab Hana nak travel? 







1. Sebab Hana nak rasai negara 4 musim yang tiada di negara ini. Contoh terdekat ialah Korea. Korea mempunyai 4 musim seperti musim bunga,salji,panas dan luruh. Hana kalau boleh nak rasai pengalaman itu. Tambahan pula, Hana merupakan peminat setia kpop.


  
   2.Hana teringin nak bershopping barang cantik. Walaupun Hana bukanlah golongan yang suka berbelanja tapi tak salah kalau mahu beli kan? Shopping adalah kepuasan manusia.Barang yang selalu beli pun, buku aje. Nak beli baju, Hana tengok aje. Tapi dalam hati teringin. No money, no talk right?

3. Antara tempat yang ingin dilawati adalah Mekah. Suatu hari nanti mungkin Hana akan menunaikan Haji atau mengerjakan Umrah kalau ada rezeki. Hana kalau boleh nak lihat keindahan ciptaanNya.


Nak capai impian, kena ada target. Barulah sempurna. Ini cuma pendapat Hana aje. Inilah impian Hana. Mungkin suatu hari akan tercapai. Tak salah kan kita berangan? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


Sumber: Google.

P/S: Bye! Jumpa Lagi.
From: Farah Irnafarhana.