Friday 2 February 2018

Form 6!


Tahun 2017 banyak mengajar aku erti kehidupan. Tahun dimana aku dilemma untuk memasuki politeknik mahupun stpm dan akhirnya aku memilih untuk berhenti stpm. Masuk form 6, banyak perkara yang aku belajar. Walaupun hanya satu penggal. Aku sudah faham bagaimana susahnya stpm. Aku tahu bila masuk penggal baru iaitu 2 dan 3 lagilah susah kerana adanya kerja khusus. Aku berharap sangat yang dah masuk stpm tu, teruskan. Jangan jadi macam aku.

Kelebihan masuk tingkatan 6:
1.       Yuran yang murah berbanding IPTA/IPTS lain
2.       Tak perlu risau berjauhan dengan keluarga.
3.       Guru yang sangat membantu dalam pelajaran.
4.       Kelas yang tidak padat dengan pelajar.
5.       Tak perlu memakai baju sekolah.
6.       Diiktiraf oleh seluruh Negara.
7.       Boleh digunakan untuk bekerja.
8.       Sesuai untuk seseorang yang ingin sambung degree awal.

Kalau ikutkan banyak lagi tapi aku rasa cukuplah itu.

Keburukan masuk tingkatan 6:
1.       Suasana pembelajaran masih didalam kelas.
2.       Terpaksa menghabiskan silibus pada masa yang ditetapkan.
3.       Kena dapat pointer yang tinggi. (kalau korang buat masa exam dah tak betul, nanti akan jejas result stpm yang akhir. Setiap satu subjek ada pecahan markah yang akan digabungkan pada akhir result penggal 3.)
4.       Kalau gagal, kena ulang. Bayaran rm50 satu subjek.

Aku rasa itu sahaja antara kebaikan dan kuburukan stpm.


Pada pendapat aku, stpm akan menjadi senang bila kau belajar awal waktu. Study last minit membuatkan kau tak mampu nak buat semua soalan. Nak masuk tingkatan 6, mental kena kuat. Tak boleh asyik down je. Pastikan pilih subjek yang korang suka. Kalau salah pilih dan tak reti nak biasakan memang agak susah nak sesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.Yang penting, dalam apa jua bidang, kita mesti kena mina sebab ini dah melibatkan masa depan diri sendiri.




Gambar ex-classmate
Dari seorang seorang pindah, tinggallah beberapa puluh orang jee. 
GoodBye Stpm!

No comments: